Memori Kelas Asas WordPress 09Nov2019

Kelas Asas Wordpress The Rich Web

Memori buat anda peserta-peserta kelas kelas asas website pada 09 Nov 2019. Video yang kami buat khas dan gambar-gambar yang anda boleh download.

Kelas asas website ini dihadiri seramai 4 orang peserta yang rata-rata adalah ejen produk kecantikan, usahawan makanan dan pereka grafik.

Kelas asas wordpress yang diberi nama The Classroom ini di adakan pada 09 November 2019. Kelas ini bermula seawal jam 8.30 pagi yang dimulai dengan sesi suai kenal antara Cikgu Ariff dan peserta program.

Selepas bacaan doa kelas, peserta program telah diberi tunjuk ajar bagaimana cara menulis untuk landing page mereka dengan cara yang betul. Konsep masalah pelanggan, unique selling point & unique proposition point perniagaan mereka digali untuk mendapatkan content yang terbaik untuk menarik perhatian pengunjung laman web yang mereka bina.

Pada sesi sebelah petang pula, mereka diajar untuk mengendalikan laman web, margin dan padding dan menu-menu asas Elementor page builder.

Semasa sesi ini berlangsung cabaran membina website telah pun bermula dan Cikgu Ariff sangat sibuk membantu mereka mereka laman web mereka sendiri.

Sesi yang tamat sebelum Maghrib ini memberikan mereka peluang untuk meneroka bagaimana website boleh menjadi satu lagi platform perniagaan yang berjaya. Walau pun sehari tidak cukup untuk mencantikkan laman web mereka, peserta-peserta yang join kelas asas wordpress ini berjaya menghasilkan laman web mereka sendiri.

Ingin hadiri kelas asas wordpress The Rich Web? Join sini

Saya ucapkan kepada anda semua selamat maju jaya dan jangan sesekali lupa ilmu Digital Marketing ini sangat luas. Jangan penat mencari seperti mencari redha Allah.

Ariffshah

Cikgu #TheClassroom
Picture of Noor Ariffshah

Noor Ariffshah

Noor Ariffshah is an accomplished online business entrepreneur with extensive expertise in the digital industry. He has successfully built and managed several ventures, adapting to evolving market trends. Noor leads The Rich Web, which specializes in corporate web design, SEO, and hosting services, The Rich Media, focused on live streaming production, and The Rich Scents, an e-commerce perfume brand. His entrepreneurial mindset and commitment enable him to navigate the dynamic online business world, offering immense value to his clients.