3 Rumusan Utama:
Bisnes dari rumah boleh dimulakan tanpa modal dengan memanfaatkan kemahiran & aset sedia ada.
Gunakan platform percuma seperti TikTok, IG, atau blog untuk menjadikan idea jualan kecil sebagai perniagaan yang menguntungkan.
Dengan plan 7-hari, anda boleh mula cara buat bisnes sendiri walaupun bermula kosong.
Ramai orang percaya memulakan bisnes perlukan modal besar. Hakikatnya, tahun 2025 membuka peluang luas untuk mereka yang mahu bisnes dari rumah dengan kos sifar. Anda hanya perlu telefon, internet, dan sedikit kreativiti.
Artikel ini membongkar 10 idea jualan dari rumah tanpa modal, siap dengan plan 7 hari dan anggaran pendapatan. Mari kita mula.

Subscribe to receive the best Webdesign & SEO insights
Apa Maksud “Bisnes Dari Rumah Tanpa Modal?

Bisnes dari rumah tanpa modal ialah model perniagaan yang menggunakan aset sedia ada — telefon, laptop, kemahiran — tanpa sebarang kos permulaan stok atau sewa.
👉 Lihat juga panduan penuh tentang perniagaan dalam talian
Hire us!
🌐 Hubungi kami sekarang untuk meningkatkan prestasi laman web anda dan menguasai ranking enjin carian!

10 Idea Bisnes Dari Rumah Tanpa Modal
1. Perkhidmatan Penulisan secara Freelance
Penulisan adalah salah satu cara terbaik untuk memulakan bisnes dari rumah. Dengan kemahiran penulisan yang baik, anda boleh menawarkan perkhidmatan sebagai penulis freelance.
Pasaran untuk penulis artikel, kandungan web, dan copywriting sentiasa berkembang dan diperlukan. Malah, penulis juga boleh menghasilkan skrip dan jalan cerita kerana permintaan untuk pemasaran video sangat tinggi.
Ringkasan: Menulis artikel, copywriting, atau skrip video untuk klien.
Kenapa tanpa modal: Gunakan laptop/telefon sedia ada, tiada kos stok.
Alatan minimum: Google Docs, Grammarly, Canva.
Model pendapatan: RM50–RM200/artikel → RM300–RM1,000 sebulan.
Plan 7 Hari:
Tentukan niche (blog, SEO, sosial media).
Buat 3 contoh artikel.
Bina profil di Upwork/Fiverr.
Sertai grup FB freelancer tempatan.
Pitch 10 prospek pertama.
Dapatkan review/testimoni.
Gandakan portfolio.
Risiko: Lambat dapat job → tawarkan diskaun awal/testimoni percuma.
CTA mikro: “Nak artikel SEO lebih kuat? TRW sedia bantu dengan servis bina website.
2. Buat Bisness Dari Rumah Dengan Pemasaran Affiliate
Idea bisnes dari rumah tanpa modal seterusnya adalah pemasaran affiliate. Ini membolehkan anda menjana pendapatan tanpa modal dengan mempromosikan produk atau perkhidmatan orang lain.
Pilih niche yang anda minati dan mulakan pemasaran melalui blog atau media sosial. Anda terima bayaran secara komisyen untuk setiap jualan produk.
Ringkasan: Promosi produk orang lain, dapat komisyen setiap jualan.
Kenapa tanpa modal: Modal sifar, hanya perlukan akaun affiliate.
Alatan minimum: Link affiliate, media sosial.
Model pendapatan: RM5–RM30/jualan.
Plan 7 Hari:
Pilih niche (kecantikan/gadget).
Daftar affiliate (Shopee, Lazada, Involve Asia).
Buat 2 review ringkas.
Terbit video TikTok + post IG.
Letak link affiliate bio.
Komen & engage komuniti.
Analisis klik & optimasi.
Risiko: Trafik rendah → fokus short video trending.
CTA mikro: “Nak lebih panduan jana duit? Baca menjana pendapatan tanpa modal
3. Berniaga Dari Rumah Dengan Mengajar Atau Tutor Online
Jika anda memiliki keahlian atau kepakaran dalam bidang tertentu, anda boleh pertimbangkan untuk menjadi tutor online. Platform seperti Zoom dan Skype memudahkan proses mengajar dari rumah.
Anda cuma perlu laptop dan internet yang bagus, webcam yang cantik dan juga mikrofon yang jelas.
Ringkasan: Ajar subjek akademik/kemahiran online.
Kenapa tanpa modal: Guna kemahiran & internet sedia ada.
Alatan minimum: Zoom, Google Meet.
Pendapatan: RM20–RM100/jam.
Plan 7 Hari:
Pilih subjek (BM, Matematik, bahasa).
Bina jadual kelas.
Buat flyer digital.
Promosi di WhatsApp/FB.
Buat kelas percubaan.
Kumpul testimoni.
Tetapkan harga tetap.
4. Perkhidmatan Reka Grafik
Untuk mereka yang berbakat dalam rekaan grafik, peluang ini sangat luas. Anda boleh menawarkan perkhidmatan seperti rekaan logo, brochure, dan bahan pemasaran lain kepada perniagaan kecil.
Jual skill anda sebagai perkhidmatan dan ia merupakan idea bisnes dari rumah tanpa modal yang berisiko rendah tetapi menguntungkan.
Ringkasan: Logo, poster, brosur untuk SME.
Kenapa tanpa modal: Gunakan software percuma (Canva).
Pendapatan: RM50–RM300 per projek.
Plan 7 Hari:
Buat portfolio 5 design.
Kongsi di Instagram/Behance.
Join grup “Cari Designer”.
Tawar diskaun pertama.
Siapkan 2–3 job awal.
Kumpul testimoni.
Ulang dengan pakej lebih besar.
5. Bisnes Kecil Kecilan Dari Rumah Dengan Menyediakan Perkhidmatan Pengurusan Media Sosial

Menjadi pengurus media sosial adalah pilihan bijak untuk bisnes dari rumah. Banyak perniagaan kecil memerlukan bantuan untuk menguruskan akaun media sosial mereka.
Pengurus media sosial memerlukan kepakaran dalam interaksi bersama peminat supaya setiap posting mendapat sambutan dan boleh berkembang dengan baik.
Ringkasan: Urus akaun IG/FB bisnes kecil.
Pendapatan: RM300–RM1,000/bulan/akaun.
Plan 7 Hari:
Pilih niche (makanan, servis).
Buat 10 template Canva.
Pitch ke kedai tempatan.
Urus posting mingguan.
Tunjuk hasil engagement.
Tambah pakej iklan.
Bangun retainer bulanan.
6. Cara Buat Bisnes Sendiri Melalui Penghasilan Produk Digital
Idea bisnes dari rumah tanpa modal adalah menghasilkan produk digital seperti ebook, kursus online, dan template.
Ini membolehkan anda menjual kepakaran anda dalam format yang mudah diakses. Setiap produk jualan anda tidak melibatkan sebarang kos fizikal seperti kos setiap produk, kos pembungkusan dan lain-lain.
Produk digital sangat menguntungkan namun ia memerlukan kepakaran dan pengalaman yang tinggi untuk menjual produk digital.
Ringkasan: E-book, template, kursus mini.
Pendapatan: RM20–RM200 per jualan.
Plan 7 Hari:
Pilih topik (resepi, SEO, parenting).
Siapkan outline e-book.
Design dengan Canva.
Upload ke Google Drive.
Buat 3 teaser video.
Promote di IG/TikTok.
Buka preorder.
7. Perkhidmatan Konsultansi
Jika anda memiliki pengalaman yang luas dalam bidang tertentu, anda boleh menawarkan perkhidmatan konsultansi.
Ini boleh merangkumi bidang seperti pemasaran, kewangan, atau pembangunan peribadi. Banyak syarikat mahupun individu lain memerlukan konsultasi, mentor dan panduan daripada pakar.
Ringkasan: Nasihat bidang pemasaran, kewangan, coaching.
Pendapatan: RM100–RM500/sesi.
Plan 7 Hari:
Tentukan niche kepakaran.
Sediakan slide ringkas.
Promosi di LinkedIn/FB.
Buat 1 sesi percuma.
Dapatkan testimoni.
Tetapkan pakej sesi.
Automasi tempahan.
8. Blogging - kerja kosong di rumah tanpa modal terbaik
Blogging masih relevan dan merupakan cara efektif untuk memulakan bisnes dari rumah. Pilih topik yang anda sukai dan mula menulis. Setiap artikel anda berpotensi untuk menjana pendapatan untuk satu tempoh yang lama, malah bertahun.
Anda boleh menjana pendapatan melalui iklan seperti Google Adsense, artikel berbayar, atau pemasaran affiliate.
Ringkasan: Tulis blog, jana duit dari Adsense/affiliate.
Pendapatan: RM300–RM3,000/bulan (jangka panjang).
Plan 7 Hari:
Pilih niche blog.
Setup WordPress.
Tulis 3 artikel SEO.
Index di Google Search Console.
Kongsi di media sosial.
Join program affiliate.
Apply Adsense.
9. Jualan Produk Handmade
Jika anda memiliki kemahiran dalam membuat barang handmade, pertimbangkan untuk menjualnya secara online. Biasanya, kos produk handmand adalah rendah sahaja tetapi yang bernilai adalah kemahiran dan hasil produk tersebut.
Platform seperti Etsy dan Instagram adalah tempat yang baik untuk memulai. Anda juga boleh menggunakan kreativiti merekod proses penghasilan produk handmade dan post ke TikTok. Ini dapat meningkatkan awareness dan ramai yang akan berminat untuk membeli. Ia merupakan idea bisnes dari rumah tanpa modal yang berkesan.
Ringkasan: Jual aksesori/produk buatan sendiri.
Pendapatan: RM5–RM100/unit.
Plan 7 Hari:
Pilih produk (aksesori, makanan ringan).
Rakam video proses.
Post ke TikTok/IG Reels.
Sediakan order via WhatsApp.
Promosi “limited stock”.
Kumpul testimoni.
Buka preorder.
10. Membuka Perniagaan Dropship: Langkah Memulakan Perniagaan yang Menguntungkan
Memulakan perniagaan dropship merupakan bisnes dari rumah tanpa modal yang paling berkesan. Secara am, dropship merujuk kepada menjual produk kepada pelanggan tetapi setiap tempahan akan diuruskan oleh penjual.
Berbeza dengan affiliate di mana anda hanya promosikan sahaja, ahli dropship boleh menaikkan harga jualan dan mula menjual di laman web sendiri, melakukan pemasaran di Facebook ataupun di Shopee.
Banyak perniagaan dropship sangat menguntungkan dengan menjual produk dari pengilang atau pemborong, tanpa mengeluarkan kos. Ia cuma memerlukan kreativiti dan pemasaran yang berkesan.
Ringkasan: Jual produk tanpa simpan stok.
Pendapatan: Margin RM5–RM30/item.
Plan 7 Hari:
Cari pembekal dropship.
Pilih 1 produk trending.
Buat laman Shopee/Lazada.
Upload gambar & copywriting.
Buat iklan FB RM10/hari.
Kumpul 5 order pertama.
Scale ke website e-commerce.

Bisnes dari rumah tanpa modal bukan lagi mitos. Dengan idea jualan yang betul, konsistensi, dan fokus, anda boleh mula dengan sifar kos tetapi hasilkan keuntungan berterusan.
👉 Sedia upgrade bisnes kecil jadi perniagaan yang menguntungkan?
Bina laman web mesra SEO dengan The Rich Web.
WhatsApp kami: Klik sini
Soalan Lazim (FAQ)
Apakah bisnes dari rumah yang betul-betul tanpa modal?
Servis digital (penulisan, reka grafik, tutor online) kerana hanya perlukan kemahiran & internet.
Bagaimana cara buat bisnes sendiri dari rumah?
Pilih niche.
Gunakan platform percuma.
Buat 3 konten pertama.
Promosi di media sosial.
Uji & ulang.
Idea jualan apa paling cepat jadi duit?
Dropship produk trending & affiliate produk Shopee biasanya cepat hasilkan pendapatan.
Dropship vs affiliate – mana lebih untung?
Affiliate mudah mula, tapi dropship beri margin lebih tinggi kerana anda kawal harga.
Perlu daftar SSM untuk bisnes kecil?
Tidak wajib untuk mula, tapi bagus daftar bila mahu lebih profesional & dapat kepercayaan pelanggan.