Proses membina atau rekabentuk laman web dimulakan dengan perbincangan awal bersama anda bagi mendapatkan gambaran jenis website yang akan dibina. Perbincangan ini boleh dilakukan melalui perjumpaan bersemuka, menggunakan email, Whatsapp atau melalui percakapan melalui telefon.
Perbincangan awal ini adalah penting kerana sebut harga akan dikeluarkan berdasarkan jenis laman web atau sebarang fungsi tambahan yang anda perlukan di dalam laman tersebut.
Semua fungsi dan konsep laman web tersebut perlu diperjelaskan semasa perbincangan ini bagi mengelakkan sebarang masalah berkenaan perkara tersebut.
Setelah maklumat diperolehi dan anda telah bersetuju dengan sebut harga tersebut, isi kandungan seperti Profil Syarikat atau maklumat yang ingin dimasukkan ke dalam website boleh dihantar kepada kami melalui e-mail. Antaranya ialah :-
Profil Syarikat atau Butiran mengenai pertubuhan anda.
Logo Syarikat atau Pertubuhan anda.
Gambar-gambar mengenai anda atau produk serta perkhdmatan.
Maklumat tambahan mengenai laman sosial anda(jika ada).
Seterusnya, apabila laman tersebut telah siap, anda akan diberikan pautan atau Link sementara untuk melihat laman tersebut. Pada peringkat ini, anda boleh membuat semakan dan memberikan komen-komen untuk penambahbaikan untuk laman tersebut. Rekabentuk laman web adalah berasaskan template dan hanya bahagian-bahagian tertentu sahaja yang dapat diubah. Komen-komen yang boleh diubah akan diubah untuk memenuhi kehendak anda.
Setelah semua penambahbaikan telah disiapkan dan anda telah berpuas hati dengan rekabentuk tersebut setelah membuat semakan, anda boleh membuat bayaran penuh bagi pihak kami melancarkan laman web tersebut.
Kami mempunyai kepakaran membina laman web, landing page, kedai online (e-Commerce) dan lama web corporate selama lebih 16 tahun.