Apa Itu SEO

Ketahui Apa Itu SEO Dan 7 Kelebihan SEO Untuk Perniagaan Anda

Perniagaan bukanlah satu perkara yang mudah. Jika ianya satu perkara yang mudah, semestinya semua orang akan melakukannya. Sebagai seorang pemilik perniagaan, anda perlu mengambil kira kos modal, overhed, kos operasi, pengurusan akaun, dan lain-lain.

Seorang pemilik perniagaan perlu mencari cara yang paling sesuai untuk memasarkan produk atau servisnya demi meningkatkan kesedaran produk kepada pelanggannya dan kemudiannya membeli produk tersebut.

Anda boleh mengedar brosur, risalah, pemasangan sepanduk, papan iklan, serta facebook ads demi mengiklankan produk anda. Namun, pengiklanan melalui SEO kini menjadi pilihan kebanyakan perniagaan. Jom kita ketahui apa itu SEO dan 7 kelebihan SEO untuk perniagaan anda (You may read our article in English about what is SEO too).

Apa Itu SEO?

Bagi individu yang belum mengetahui apa itu SEO, anda perlu mengetahuinya dengan segera sekiranya anda tidak ingin ketinggalan dalam dunia perniagaan. SEO adalah singkatan bagi Search Engine Optimisation. Fungsi SEO berkait rapat dengan engin carian terutamanya Google.

SEO menggunakan teknik yang mampu membuatkan laman web anda berada di posisi teratas dalam enjin carian melalui penggunaan kata kunci yang terdapat di dalam laman web anda. Contohnya, anda merupakan seorang penjual produk kesihatan.

Pelanggan anda mencari kata kunci “cara kuruskan badan” dan kata kunci tersebut digunakan di dalam laman web anda. Google akan memberikan cadangan laman web anda kerana anda menggunakan kata kunci tersebut. Jom kita ketahui apa itu seo dan 7 kelebihan menggunakan SEO:

1. Memperolehi Pelanggan Organik

Apabila kita menjalankan sesebuah perniagaan, kita perlu berusaha untuk mendapatkan pelanggan tanpa mengeluarkan sebarang kos. Cara ini boleh dikecapi melalui buah mulut daripada pelanggan anda ataupun melalui pencarian maklumat dalam laman web.

Para pengunjung akan melayari laman web anda disebabkan oleh informasi yang anda berikan di dalam laman web, dan kemudiannya berminat dengan produk anda lalu membeli produk anda. Inilah kelebihan utama SEO kerana ia mampu memperolehi pelanggan organik.

2. Tidak Memerlukan Kos Yang Tinggi

Tahukah anda sekiranya anda sangat mahir dengan teknik SEO, anda boleh mengiklankan produk anda secara percuma? Ianya tidak mustahil bagi individu yang menguasai ilmu SEO.

Walaupun anda tidak mengetahui apa itu seo dan teknik- teknik SEO, anda boleh menggunakan servis SEO dengan harga yang berpatutan. Facebook Ads serta Google Ads pula memerlukan kos yang tinggi kerana anda akan dicaj setiap hari.

3. Meningkatkan Rujukan Ke Laman Web Anda

Apabila laman web anda sudahpun mempunyai daya keterlihatan yang tinggi menggunakan SEO, mesin carian Google akan mula memberikan rujukan pencarian yang banyak hasil daripada kualiti isi kandungan yang terdapat di dalam laman web anda.

4. Memperolehi Pelawat Sasaran

Melalui hasil daripada penggunakan kata kunci yang dipilih oleh anda apabila anda mencipta kandungan yang mesra SEO, pelawat yang datang ke laman web anda kemudiannya akan menjadi pelawat sasaran anda yang juga berpotensi untuk menjadi pelanggan anda.

5. Mendapat Akses Memantau Trafik Pelawat

Laman SEO yang digunakan oleh anda mempunyai pelbagai maklumat yang anda boleh gunakan untuk perniagaan anda. Salah satunya ialah akses terhadap trafik pelawat yang anda boleh pantau dengan sangat mudah.

Apabila anda melihat trafik pelawat anda tidak memberangsangkan, anda boleh mengatur strategi SEO yang baru bagi memperbaiki kualiti kandungan serta cara penulisan anda di dalam laman web anda.

6. Meningkatkan Populariti Laman Web

Populariti merupakan senjata yang amat berguna apabila anda berniaga secara atas talian. Produk seperti Nike, Apple, dan lain-lain menguasai pasaran masing-masing disebabkan oleh populariti dan SEO dapat membantu membuatkan laman web anda dikenali ramai.

7. Meningkatkan Keterlihatan Laman Web

Dengan penggunaan SEO dengan cara yang betul, anda dapat meningkatkan daya keterlihatan laman web anda. Apabila ianya meningkat, semestinya anda mempunyai peratusan yang tinggi untuk mendapat lebih banyak pelawat ke dalam laman web anda.

Sekarang anda sudahpun mengetahui apa itu SEO serta 7 kelebihannya. Jadi, tunggu apa lagi? Anda boleh mendapatkan khidmat profesional yang arif berkenaan SEO melalui link ini.

1 thought on “Ketahui Apa Itu SEO Dan 7 Kelebihan SEO Untuk Perniagaan Anda”

  1. Pingback: The Science Of Alcohol Test: Breath Alcohol Analyzer - Medicine Chest Malaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *