Kelas Fundamental SEO

Oleh Cikgu Ariff

2

hari kelas

3

subject

5

peserta

08.09.2023

tarikh kelas

9:00 pagi

kelas bermula

Pengenalan Kelas SEO fundamental

Kelas SEO fundamental

Mendapatkan rank yang tertinggi di Google Search Engine adalah impian semua pemilik laman web dan blog. Semakin tinggi rank laman web, semakin banyak trafik PERCUMA boleh didapatkan. Bagi pemilik laman web dan kedai online (daftar kelas bina website) , semakin ramai pengunjung laman web dan semakin banyak leads yang boleh diterjemah menjadi pelanggan. Bagi Blogger, trafik yang tinggi pula boleh dijadikan sebagai portfolio untuk menarik pengiklan-pengiklan beriklan di blog.

Matlamat ini tidak boleh dicapai hanya dengan menulis sebanyak mungkin artikel / page dan menunggu untuk pelawat hadir membaca konten anda. Pelbagai teknik yang perlu anda tahu (belajar) untuk mendapatkan restu dari Search Engine untuk meletakkan artikel / page di rank yang baik.

Kelas SEO Fundamental ini akan membantu anda untuk mengetahui dan mempelajari secara one to one dengan Cikgu Ariff tentang 3 konsep utama bagaimana Teknik SEO itu berfungsi.

 

Dengan menghadiri Kelas ini, anda akan mengetahui:

Daftar Laman Web ke Search Engine
Laman Web yang mesra pelanggan
Onpage SEO (Automasi laman web)
Offpage SEO (Backlink)

Siapa yang perlukan Kelas SEO fundamental Ini?

Kelas SEO Fundamental amat sesuai dihadiri oleh pemilik-pemilik laman web perniagaan, Kedai online dan penulis blog.

 

Play Video

KETERANGAN TENTANG KELAS INI

Kelas SEO Fundamental ini akan berlangsung selama sehari di pejabat Cikgu Ariff di Bandar Kajang. Kelas ini akan diadakan pada 08.09.2023

Anda perlu membawa laptop dan mouse anda. Anda juga perlu membawa extention wire untuk penyambungan elektrik. Buku-buku nota adalah sangat penting kerana kelas ini bukan hanya teknikal, tetapi saya juga akan menerangkan tentang bagaimana nak kenal bakal pelanggan.

 

Untuk mempelajari tentang Onpage SEO, anda perlu ada laman web yang mempunyai blog. Jika anda mengunakan WordPress lebih baik. Jika anda tidak mempunyai laman web sendiri atau menggunakan platform berbeza, saya boleh meminjamkan satu domain untuk digunakan. CUMA anda perlu cepat memberitahu saya untuk saya sediakan laman web tersebut.

 

Setiap peserta boleh membawa seorang peserta tambahan tanpa bayaran. Maksimum  peserta yang kami boleh terima adalah seramai 5 orang sahaja.

Fee setiap peserta adalah sebanyak RM500.00.

Kelas ini tidak akan diulang lagi. Namun video sesi semasa kelas akan diambil dan akan diberikan kepada semua peserta sebagai panduan.

 

LOKASI KELAS