Website Design Infaq Malaysia

Website Design Infaq Malaysia

Website pelanggan kami yang terbaru ini merupakan website design Infaq Malaysia.

Pelanggan kami meminta kami untuk menyediakan laman web bantuan Infaq yang menyediakan perkhidmatan InfaqCare.Org – ialah satu inisiatif yang di tubuhkan untuk menyalurkan bantuan kepada asnaf di sekitar Negeri Bihar, India yang mempunyai populasi 99 Juta rakyat,.

Laman web koperat ini berjaya disiapkan dalam masa 3 minggu.

Sedikit mengenai pertubuhan ini.

Jumlah populasi orang Islam ialah 10.76 Juta dan hampir 85% dari keseluruhan populasi di Bihar ialah ‘Miskin Tegar’ di mana tidak mempunyai peluang untuk bekerja dan Infrastruktur yang cukup. Menurut laporan akhbar ‘thehindubusinessline.com’, hanya 2% penduduk yang mempunyai akses sumber air paip. Ini membuktikan bahawa umat Islam di sana berada di dalam kesempitan dan tiada sumber pendapatan untuk menyara kehidupan.

InfaqCare memiliki pengalaman hampir 10 tahun menyalurkan bantuan di Bihar dan mempunyai hubungan yang rapat dengan penduduk setempat, ulamak dan wakil penduduk.

InfaqCare telah berkembang menjadi satu organisasi yang menjadi ‘Jambatan’ untuk menyalurkan dan melaksanakan kerja-kerja kebajikan seperti waqaf telaga, aqiqah dan korban di samping memberi bantuan kilat ketika banjir, taufan dan memberi dana untuk pembinaan madrasah di sekitar Bihar. InfaqCare juga turut memberikan bantuan kepada pelarian Rohingnya di Bangladesh untuk membantu mereka melangsungkan kehidupan.

Website Design Infaq Malaysia

Bagi anda yang ingin memiliki laman web corporate seperti ini boleh terus membuat pertanyaan dengan mengisi borang di website kami.

Dengan harga standard corporate yang berpatutan dan reka bentuk website terkini, anda boleh memilih untuk mengunakan perkhidmatan kami atau lihat design-design laman web pelanggan kami yang lain di -> https://therichweb.com/hasil-kerja/