Elemen Penting Rekabentuk Web Design KL

web design kl

Permintaan untuk perkhidmatan Web Design KL kian mendapat permintaan terutama di kalangan individu, usahawan atau pemilik perniagaan.

Laman web (Website) sudah pun menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap organisasi terutamanya usahawan dan peniaga. Tiada website seolah-olah tiada kedai ataupun rumah yang didiami oleh perniagaan secara atas talian (online).

Apakah Maksud Web Design KL?

web design kl

Web design adalah suatu reka bentuk web yang merangkumi pelbagai kemahiran dan disiplin dalam penghasilan website.

Mencipta reka bentuk di laman web memerlukan kemahiran yang khusus yang mana tidak semua orang dapat menghasilan reka bentuk yang unik tanpa menjejaskan fungsi utama laman web tersebut.

Elemen Penting Reka bentuk Laman Web

Reka bentuk laman web sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Terdapat trend yang terbaru dan ada juga pengulangan trend bagi tahun-tahun yang sebelumnya.

Namun begitu, elemen-elemen yang penting di dalamnya tidak banyak yang berubah.

Elemen reka bentuk bukan sahaja menjadikan laman web kelihatan menarik malah ianya juga memudahkan pembaca dan ‘Crawler’ meneroka website yang dibangunkan. 

Dengan kata lain, ianya dapat meningkatkan pengalaman pengguna semasa mengunjungi website tersebut.

Antara elemen-elemen yang penting dalam Web Design KL adalah seperti berikut;

1. Susun Atur (Layout)

web design kl

Susun atur adalah susunan semua elemen visual pada halaman web. Dengan susunan elemen yang baik, ianya dapat membantu dan memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna.

Web Design KL akan pastikan susun atur laman web pelanggan mempunyai susunan elemen reka bentuk yang baik dan memudahkan pengguna memahami aliran maklumat yang hendak disampaikan.

Pemilihan susun atur kandungan yang tidak sesuai boleh menjejaskan minat pengunjung sebuah website. 

2. Ruang Putih (White Space)

Ruang putih juga dikenali dengan ruang negatif (Negative space). Ruang putih adalah ruang kosong di sekeliling kandungan dan elemen pada halaman web.

Ianya digunakan untuk mengimbangi reka bentuk halaman, menyusun kandungan dan elemen serta meningkatkan pengalaman visual untuk pengguna.

3. Jenis Huruf (Fonts)

Pemilihan huruf untuk laman web mestilah sesuai dengan konsep organisasi atau perniagaan yang dijalankan.

Selalunya pihak Web Design KL akan memilih jenis huruf yang mudah dibaca agar isi kandungan laman web akan kelihatan menarik, jelas dan maklumat dapat disampaikan dengan tepat kepada pengunjung atau pembaca.

4. Pilihan Warna

web design kl

Laman web bukanlah seperti kanvas lukisan, namun begitu kami sebagai penyedia Web Design KL akan memberikan pilihan warna yang bersesuaian dengan konsep website yang dikehendaki pelanggan.

Dalam pemilihan warna juga pihak Web Design KL akan memilih dan menggunakan warna yang menarik dan menyenangkan mata pengunjung. 

Kami juga cuba elakkan daripada penggunaan warna yang sama untuk tulisan dan warna latar belakang (background). Ini dapat membantu laman web kelihatan bersih, jelas dan menenangkan.

5. Menu Navigasi

Menu navigasi web adalah pautan ke halaman lain yang disusun secara teratur untuk memudahkan pembaca mencari dan mendapatkan maklumat serta kandungan yang mereka inginkan.

Kebiasaannya menu ini kami akan susun aturkan dibahagian atas atau sisi laman web bagi membolehkan pengguna mencapai halaman yang dikehendaki dengan cepat dengan hanya KLIK pada bahagian menu yang disediakan.

Selalunya pihak Web Design KL akan menyusun kandungan menu mengikut kategori yang bersesuaian dengan kandungan laman web pelanggan.

6. Butang Carian (Search)

Carian di laman web adalah seumpama suatu perbualan atau komunikasi antara pengguna dan sebuah laman web.

Pengguna dapat menyatakan keperluan dan pertanyaan yang diinginkan dan laman web tersebut akan memberikan tindak balas dengan menyediakan jawapan atau keputusan di atas pertanyaan tersebut.

Setiap laman web pelanggan Web Design KL akan tersedia elemen carian ini untuk memudahkan pengguna pelanggan kami membuat carian.

7. Halaman Hubungan

web design kl

Halaman Hubungan adalah satu elemen yang penting untuk suatu reka bentuk laman web.

Halaman ini biasanya mengandungi maklumat hubungan organisasi atau individu seperti alamat, nombor telefon dan alamat e-mel.

Ianya akan memudahkan pengguna atau pengunjung menghubungi pihak pemilik untuk sebarang pertanyaan atau mendapatkan maklumat yang berkaitan. 

Ini juga dapat menunjukkan laman web yang dikunjungi adala

8. Footer

Footer adalah kawasan yang terletak di bahagian bawah pada setiap halaman di laman web iaitu di bawah isi kandungan utama. Footer adalah elemen reka bentuk yang dapat dilihat secara konsisten pada semua halaman sesebuah website.

9. Kualiti Visual

Kualiti visual yang baik pada sebuah laman web bukan sahaja menarik perhatian, malah dapat mencetuskan emosi kepada pengguna. 

Elemen visual pada laman web termasuklah gambar atau imej, video, ilustrasi dan pelbagai jenis grafik yang lain.

Design Web KL akan memastikan pemilihan warna dan gambar yang berkualiti bagi menarik pengunjung agar lama berada di dalam suatu laman web. 

Selain itu, pemilihan size gambar juga sangat penting. Size yang dipilih mestilah sesuai dengan kualiti dan kapasiti laman web. 

Imej yang bersaiz besar akan membuatkan laman web menjadi lebih berat dan menyebabkan pengunjung tidak berada lama pada sebuah laman web kerana terpaksa menunggu dengan lama untuk melihat imej tersebut.

10. Kualiti Kandungan (Content)

web design kl
Elemen yang paling penting bagi website design KL adalah kandungan sesebuah laman web.

Kandungan laman web sangat berharga kerana ianya akan menentukan laman web yang dibina dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengguna atau sebaliknya.

Jika pengunjung tidak dapat menggunakan laman web untuk mencapai objektif mereka seperti mendapatkan maklumat, membuat pembelian, melakukan tempahan dan sebagainya, mereka akan keluar daripada laman web tersebut dan akan menyebabkan kerugian dan kehilangan pelanggan.

Teknik penulisan yang baik juga dapat membantu meningkatkan kualiti kandungan laman web.

Untuk menghasilkan website yang menarik, pemilihan perkhidmatan web design KL yang berpengalaman amat penting.

Antara kemahiran dan kepakaran KL web design adalah seperti berikut ;
  • Reka bentuk grafik 
  • Reka bentuk antara muka pengguna (User Interface)
  • Penulisan (Content)
  • Kod piawaian dan perisian
  • Reka bentuk pengalaman pengguna (User experience)
  • Pengoptimuman Enjin Carian (Search Engine Optimization)

Oleh itu buat organisasi, individu atau usahawan yang belum memiliki laman web untuk perniagaan, kini sudah tiba masanya anda mendapatkan sebuah laman web untuk pemasaran produk dan perkhidmatan yang dijalankan.

Kami di The Rich Web berpengalaman luas dalam Web Design KL atau pembangunan eCommerce website. Kami pastikan ia nampak professional, cantik dan laju untuk kegunaan perniagaan anda. Jika ada sebarang soalan, boleh hubungi kami atau WhatsApp kami sekarang.