Kelas Fundamental SEO
Oleh Cikgu Ariff
2
hari kelas
3
subject
5
peserta
tarikh kelas
9:00 pagi
kelas bermula
Pengenalan Kelas SEO fundamental
Mendapatkan rank yang tertinggi di Google Search Engine adalah impian semua pemilik laman web dan blog. Semakin tinggi rank laman web, semakin banyak trafik PERCUMA boleh didapatkan. Bagi pemilik laman web dan kedai online (daftar kelas bina website) , semakin ramai pengunjung laman web dan semakin banyak leads yang boleh diterjemah menjadi pelanggan. Bagi Blogger, trafik yang tinggi pula boleh dijadikan sebagai portfolio untuk menarik pengiklan-pengiklan beriklan di blog.
Matlamat ini tidak boleh dicapai hanya dengan menulis sebanyak mungkin artikel / page dan menunggu untuk pelawat hadir membaca konten anda. Pelbagai teknik yang perlu anda tahu (belajar) untuk mendapatkan restu dari Search Engine untuk meletakkan artikel / page di rank yang baik.
Kelas SEO Fundamental ini akan membantu anda untuk mengetahui dan mempelajari secara one to one dengan Cikgu Ariff tentang 3 konsep utama bagaimana Teknik SEO itu berfungsi.
Dengan menghadiri Kelas ini, anda akan mengetahui:
Daftar Laman Web ke Search Engine
- Bagaimana untuk mendaftarkan laman web dengan Search Engine.
- Bagaimana cara untuk Search Engine boleh index artikel / page anda secara automasi.
- Bagaimana membaca lapuran di Analytics dan mengetahui tentang pembaca laman web. Lapuran ini boleh digunakan sebagai interest atau avatar pelanggan untuk beriklan di Social Media nanti.
- Teknik membaca keyword yang berkesan.
Laman Web yang mesra pelanggan
- Bagaimana untuk membuat laman web anda menjadi lebih cepat loading dari sebelumnya.
- Bagaimana untuk mengecilkan gambar-gambar didalam laman web secara automatik.
- Perbezaan diantara format-format gambar dan format apa yang baik untuk laman web.
- Teknik untuk membuat pembaca laman web akan membaca page seterusnya dan mengurangkan bounce rate.
Onpage SEO (Automasi laman web)
- Anda akan belajar tentang stuktur penulisan yang disukai oleh Search Engine.
- Bagaimana mengendalikan 'Fokus Keyword'
- Bagaimana gambar dan video laman web anda boleh mendapatkan online traffic.
- Teknik Headline yang sesuai untuk SEO.
Offpage SEO (Backlink)
- Anda akan belajar tentang kenapa perlunya laman web orang lain menyebut tentang laman web kita.
- Konsep Backlink mudah dan bagaimana membuat link-link tersebut berkesan.
- Bagaimana untuk daftar backlink yang anda telah lakukan tersebut ke Search Engine.
- Perbezaan diantara backlink dan backlink tier.
Siapa yang perlukan Kelas SEO fundamental Ini?
Kelas SEO Fundamental amat sesuai dihadiri oleh pemilik-pemilik laman web perniagaan, Kedai online dan penulis blog.
KETERANGAN TENTANG KELAS INI
Kelas SEO Fundamental ini akan berlangsung selama sehari di pejabat Cikgu Ariff di Bandar Kajang. Kelas ini akan diadakan pada
Anda perlu membawa laptop dan mouse anda. Anda juga perlu membawa extention wire untuk penyambungan elektrik. Buku-buku nota adalah sangat penting kerana kelas ini bukan hanya teknikal, tetapi saya juga akan menerangkan tentang bagaimana nak kenal bakal pelanggan.
Untuk mempelajari tentang Onpage SEO, anda perlu ada laman web yang mempunyai blog. Jika anda mengunakan WordPress lebih baik. Jika anda tidak mempunyai laman web sendiri atau menggunakan platform berbeza, saya boleh meminjamkan satu domain untuk digunakan. CUMA anda perlu cepat memberitahu saya untuk saya sediakan laman web tersebut.
Setiap peserta boleh membawa seorang peserta tambahan tanpa bayaran. Maksimum peserta yang kami boleh terima adalah seramai 5 orang sahaja.
Fee setiap peserta adalah sebanyak RM500.00.
Kelas ini tidak akan diulang lagi. Namun video sesi semasa kelas akan diambil dan akan diberikan kepada semua peserta sebagai panduan.