Ketahui Apa Itu SEO Dan 7 Kelebihan SEO

Apa Itu SEO

3 Rumusan Utama:

  • SEO adalah strategi penting untuk meningkatkan keterlihatan laman web di enjin carian – Dengan penggunaan kata kunci yang tepat, SEO membantu laman web anda muncul di kedudukan teratas Google, sekali gus menarik lebih ramai pelawat yang berpotensi menjadi pelanggan.

  • SEO menjana pelanggan organik tanpa kos pengiklanan tinggi – Berbeza dengan Facebook Ads atau Google Ads yang memerlukan bajet besar, SEO membolehkan anda mendapat pelanggan secara semula jadi melalui carian maklumat.

  • SEO meningkatkan trafik, populariti, dan potensi jualan perniagaan – Selain menambah rujukan pelawat ke laman web, SEO juga menjadikan jenama lebih dikenali, memantau trafik dengan mudah, serta memastikan pelawat sasaran datang dengan niat membeli.

Apa itu seo? Ketahui apa itu SEO dan 7 kelebihan SEO untuk perniagaan anda di search engine dengan membaca artikel ini.

Perniagaan bukanlah satu perkara yang mudah. Jika ianya satu perkara yang mudah, semestinya semua orang akan melakukannya. Sebagai seorang pemilik perniagaan, anda perlu mengambil kira kos modal, overhed, kos operasi, pengurusan akaun, dan lain-lain.

Seorang pemilik perniagaan perlu mencari cara yang paling sesuai untuk memasarkan produk atau servisnya demi meningkatkan kesedaran produk kepada pelanggannya dan kemudiannya membeli produk tersebut.

Salah satu kaedah yang penting dan berkesan adalah pengiklanan. Pengiklanan membawa kepentingan besar bagi sesebuah syarikat kerana ia membolehkan produk atau servis disedari oleh ramai orang dan seterusnya meningkatkan jualan.

Baca penulisan kami tentang kepentingan iklan bagi sesebuah syarikat.

Anda boleh mengedar brosur, risalah, pemasangan sepanduk, papan iklan, serta facebook ads demi mengiklankan produk anda. Namun, pengiklanan melalui SEO kini menjadi pilihan kebanyakan perniagaan. Jom kita ketahui apa itu SEO dan 7 kelebihan SEO untuk perniagaan anda (You may read our article in English about what is SEO too).

Apa Itu SEO?

Bagi individu yang belum mengetahui apa itu SEO, anda perlu mengetahuinya dengan segera sekiranya anda tidak ingin ketinggalan dalam dunia perniagaan. SEO adalah singkatan bagi Search Engine Optimisation. Fungsi SEO berkait rapat dengan engin carian terutamanya Google.

SEO menggunakan teknik yang mampu membuatkan laman web anda berada di posisi teratas dalam enjin carian melalui penggunaan kata kunci yang terdapat di dalam laman web anda. Contohnya, anda merupakan seorang penjual produk kesihatan.

Kelebihan SEO

Pelanggan anda mencari kata kunci “cara kuruskan badan” dan kata kunci tersebut digunakan di dalam laman web anda. Google akan memberikan cadangan laman web anda kerana anda menggunakan kata kunci tersebut. Jom kita ketahui apa itu seo dan 7 kelebihan menggunakan SEO:

1. Memperolehi Pelanggan Organik

Ketahui Apa Itu SEO Dan 7 Kelebihan SEO 1

Apabila kita menjalankan sesebuah perniagaan, kita perlu berusaha untuk mendapatkan pelanggan tanpa mengeluarkan sebarang kos. Cara ini boleh dikecapi melalui buah mulut daripada pelanggan anda ataupun melalui pencarian maklumat dalam laman web.

Para pengunjung akan melayari laman web anda disebabkan oleh informasi yang anda berikan di dalam laman web, dan kemudiannya berminat dengan produk anda lalu membeli produk anda. Inilah kelebihan utama SEO kerana ia mampu memperolehi pelanggan organik.

2. Tidak Memerlukan Kos Yang Tinggi

Ketahui Apa Itu SEO Dan 7 Kelebihan SEO 2

Tahukah anda sekiranya anda sangat mahir dengan teknik SEO, anda boleh mengiklankan produk anda secara percuma? Ianya tidak mustahil bagi individu yang menguasai ilmu SEO.

Walaupun anda tidak mengetahui apa itu seo dan teknik-teknik SEO, anda boleh menggunakan SEO services Malaysia dengan harga SEO yang berpatutan.

Facebook Ads serta Google Ads pula memerlukan kos yang tinggi kerana anda akan dicaj setiap hari.

3. Meningkatkan Rujukan Ke Laman Web Anda

Ketahui Apa Itu SEO Dan 7 Kelebihan SEO 3

Apabila laman web anda sudahpun mempunyai daya keterlihatan yang tinggi menggunakan SEO, mesin carian Google akan mula memberikan rujukan pencarian yang banyak hasil daripada kualiti isi kandungan yang terdapat di dalam laman web anda.

4. Memperolehi Pelawat Sasaran

Ketahui Apa Itu SEO Dan 7 Kelebihan SEO 4

Melalui hasil daripada penggunakan kata kunci yang dipilih oleh anda apabila anda mencipta kandungan yang mesra SEO, pelawat yang datang ke laman web anda kemudiannya akan menjadi pelawat sasaran anda yang juga berpotensi untuk menjadi pelanggan anda.

5. Mendapat Akses Memantau Trafik Pelawat

Ketahui Apa Itu SEO Dan 7 Kelebihan SEO 5

Laman SEO yang digunakan oleh anda mempunyai pelbagai maklumat yang anda boleh gunakan untuk perniagaan anda. Salah satunya ialah akses terhadap trafik pelawat yang anda boleh pantau dengan sangat mudah.

Apabila anda melihat trafik pelawat anda tidak memberangsangkan, anda boleh mengatur strategi SEO yang baru bagi memperbaiki kualiti kandungan serta cara penulisan anda di dalam laman web anda.

6. Meningkatkan Populariti Laman Web

Ketahui Apa Itu SEO Dan 7 Kelebihan SEO 6

Populariti merupakan senjata yang amat berguna apabila anda berniaga secara atas talian. “Produk seperti Nike, Apple, dan lain-lain menguasai pasaran masing-masing disebabkan oleh populariti dan SEO Malaysia dapat membantu membuatkan laman web anda dikenali ramai.

7. Meningkatkan Keterlihatan Laman Web

Ketahui Apa Itu SEO Dan 7 Kelebihan SEO 7

Dengan penggunaan SEO dengan cara yang betul, anda dapat meningkatkan daya keterlihatan laman web anda. Apabila ianya meningkat, semestinya anda mempunyai peratusan yang tinggi untuk mendapat lebih banyak pelawat ke dalam laman web anda.

Sekarang anda sudahpun mengetahui apakah itu seo serta 7 kelebihannya. Jadi, tunggu apa lagi? Anda boleh mendapatkan khidmat profesional Pakar SEO Malaysia dengan The Rich Web.

FAQ Ketahui Apa Itu SEO Dan 7 Kelebihan SEO:

1. Apa itu SEO?


SEO atau Search Engine Optimisation ialah strategi untuk meningkatkan kedudukan laman web anda di enjin carian seperti Google. Dengan teknik yang betul, laman web anda lebih mudah ditemui oleh pengguna yang mencari produk atau servis berkaitan.

2. Mengapa SEO penting untuk perniagaan saya?


SEO membantu meningkatkan keterlihatan laman web, menjana trafik organik tanpa kos iklan tinggi, serta menarik pelawat sasaran yang lebih berpotensi menjadi pelanggan.

3. Apakah kelebihan menggunakan SEO berbanding iklan berbayar?


Berbanding iklan seperti Facebook Ads atau Google Ads yang memerlukan bajet harian, SEO boleh memberikan hasil jangka panjang dengan kos yang lebih rendah. Ia juga terus berfungsi walaupun anda berhenti membayar iklan.

4. Bagaimana SEO boleh meningkatkan jualan?


Dengan SEO, laman web anda muncul di carian relevan menggunakan kata kunci tertentu. Ini menarik pelawat yang memang sedang mencari produk atau servis anda, sekali gus meningkatkan peluang pembelian.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk melihat hasil SEO?


SEO bukanlah strategi segera. Biasanya ia memerlukan masa antara 3 hingga 6 bulan untuk melihat perubahan ketara, bergantung kepada tahap persaingan industri dan kualiti strategi yang digunakan.

Picture of Noor Ariffshah

Noor Ariffshah

Noor Ariffshah merupakan pengasas dan pemimpin di sebalik The Rich Web, dengan lebih sedekad pengalaman dalam bidang reka bentuk laman web korporat, pengoptimuman enjin carian (SEO), dan penyelesaian hosting profesional. Beliau juga menguruskan The Rich Media, yang memfokuskan kepada perkhidmatan penstriman langsung, serta The Rich Scents, sebuah jenama e-dagang minyak wangi yang berkembang pesat.

Sebagai usahawan digital yang berwawasan, Noor sentiasa berusaha menyesuaikan strategi perniagaan mengikut perubahan pasaran. Komitmen beliau dalam menyampaikan perkhidmatan berkualiti tinggi menjadikannya sumber inspirasi kepada ramai pemilik bisnes yang ingin berjaya dalam dunia digital. Di blog ini, Noor berkongsi panduan, tips, dan strategi praktikal untuk membantu perniagaan berkembang dalam era digital.